Tenunan Pua
Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang terdapat pada tenunan pua cukup harmonis dan menarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti corak cicak (engkarong), buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua. Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpu kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometrik.
Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain sarung).
Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
ALAT DAN BAHAN
1. Jengkuan
2. Kayu tebal
3. Lidi panjang
4. Kayu lambongan
5. Kayu karap
6. Beliak
7. Pelayang
8. Kayu rakup
9. Sengkabit
10. Benang
11. Tali rafia
12. Pewarna
Peralatan dan bahan
Menenun kain pua
PROSES MENENUN KAIN PUA
Memproses Benang
Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.
Menggulung Benang
Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.
Menggirit
Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.
Mengarap
'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.
Menegi
Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.
Mengikat Motif (Pertama)
Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak.
Mencelup Warna (Pertama)
Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.
Mengikat Motif (Kedua)
Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.
Menenun Pua
Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.
Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Selasa, 2010 Julai 06
Catan Cat Air
Alatan dan Bahan
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah
cat air dalam tiub
cat air boleh dimasukkan ke dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula
cat air jenis kek
pelbagai saiz dan bentuk jenis berus lembut
Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura
Gam arab

Kotak Alatan Cat Air, bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas. Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri.
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.
Contoh-contoh Catan Cat Air
Saksikan Video Teknik Regangan Kertas dan Teknik-teknik Catan Cat Air
Teknik Meregang Kertas Cat Air
Teknik Basah atas Basah
Teknik Basah Atas Kering
Kering Atas Basah
Anda mungkin juga meminati:
Jumaat, 2010 Julai 02
Proses Penghasilan Logo
logo syarikat-syarikat terkemuka
1. Alat : Pensel, pen teknikal, pembaris, berus, set alat geometri, pemadam
2. Bahan : Kertas, warna poster dan dakwat
Proses
1. Penetapan tema logo dan memahami kehendak logo tersebut.
2. Membuat kajian dan mengumpulkan informasi logo sama ada kelas, pertubuhan, persatuan atau korporat.
3. Tentukan saiz dan warna logo yang dikehendaki.
4. Membuat pelbagai lakaran dan perkembangan idea dengan mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan , pergerakan, konra dan sebagainya dalam proses penghasilan gubahan.
5. Membuat lakaran akhir bagi idea yang telah dipilih
contoh lakaran idea menggunakan pensel atau pen
lakaran idea logo menggunakan dakwat
penggunaan komputer lebih memudahkan dalam penghasilan pelbagai cadangan idea logo
antara cadangan idea logo

antara cadangan idea logo
antara contoh-contoh logo
Contoh Proses Penghasilan Logo idea asal logo / bahan kajian, bentuk tangan yang sedang mengenggam
lakaran realistik bentuk tangan tersebut
bentuk tangan yang dipermudahkan lagi
proses perkembangan idea dan idea akhir
idea akhir boleh menggunakan warna poster atau aplikasi komputer photoshop
penambahan unsur-unsur lain pada logo yang dihasilkan
beberapa cadangan warna logo
contoh logo yang telah siap yang digunakan sebagai identiti korporat
Saksikan Video Penghasilan Logo Menggunakan Aplikasi Photoshop